ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 71. Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dan sebagainya dokumen yang tidak dikemukakan


Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, setelah notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 53, telah diakusaksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.