ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 36. Pelanggaran terhadap seksyen 32


Seseorang yang melanggar seksyen 32 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.