ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 112. Mengingatkan semula


(1) Seseorang saksi oleh semasa di bawah pemeriksaan mengingatkan semula dengan merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa transaksi yang mengenainya dia disoal, atau sejurus sahaja selepasnya hingga difikirkan oleh Mahkamah bahawa transaksi itu masih jelas dalam ingatannya pada masa itu.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah betul.

(3) Bilamana saksi itu boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu: Dengan syarat bahawa Mahkamah puas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada treatis profesional.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.