ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 123. Pemeriksaan terbuka


(1) Hakim boleh memerintahkan supaya seseorang saksi diperiksa di dalam Mahkamah terbuka walaupun saksi itu telah tertakluk kepada pemeriksaan rahsia dan didapati ‘adil oleh pemeriksa rahsia itu.

(2) Suatu pemeriksaan terbuka akan seseorang saksi hendaklah dijalankan oleh pemeriksa rahsia itu di dalam Mahkamah terbuka di hadapan Hakim dalam kehadiran pihakpihak kepada prosiding itu.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.