ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
AM



Seksyen 15. Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tak sengaja atau dengan sengaja


Apabila terdapat soal sama ada apa-apa perbuatan telah dilakukan dengan tak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, maka fakta bahawa perbuatan itu menjadi sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, dan orang yang melakukan perbuatan itu terlibat dalam setiap kejadian itu, ialah qarinah.

MISALAN

A telah diambil kerja untuk menerima fitrah sebagai amil daripada orang ramai. Adalah menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku bagi menunjukkan amaun wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama ialah palsu dan bahawa setiap satu catatan palsu itu adalah untuk faedah A, ialah qarinah.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.