ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 20. Tempat perkahwinan


(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Kedah Darul Aman atau dalam mana-mana negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika-
Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.