ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB I - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 76. Beban membuktikan fakta yang perlu dibuktikan untuk menjadikan keterangan boleh diterima


Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan keterangan itu.
MISALAN
Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.