Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 21. Tempat dan cara perbicaraan


(1) Tempat di mana sesuatu Mahkamah menjalankan perbicaraan kes sama ada kes mal atau jenayah hendaklah disifat sebagai suatu Mahkamah yang terbuka dan boleh dihadiri oleh orang ramai:

Dengan syarat bahawa Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup, jika sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan demikian adalah untuk kepentingan keadilan, ketenteraman awam, keselamatan atau kepentingan awam, atau kesopanan.

(2) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintah mana-mana orang atau saksi supaya jangan menyiarkan nama, alamat atau gambar mana-mana orang atau saksi yang terlibat di dalam mana-mana perbicaraan atau mana-mana keterangan atau mana-mana perkara yang mungkin boleh membawa kepada pengenalan mana-mana orang atau saksi tersebut.

(3) Mana-mana orang yang melanggar perintah di bawah subseksyen (2) adalah melakukan kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan dihukum denda tidak lebih daripada seribu ringgit atau hukuman penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.