ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Di Bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 25. Pernyataan tentang fakta daripada jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu ialah qarinah


Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu resital yang terkandung dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang disiarkan dalam Warta Persekutuan atau Negeri, ialah qarinah.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.