Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 3. Penubuhan Mahkamah Syariah


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Kedah Darul Aman di tempat-tempat yang difikirkan patut.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Kedah Darul Aman.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Kedah Darul Aman.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.