ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah Menjadi Qarinah



Seksyen 29. Bila penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dan sebagainya ialah qarinah


(1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat oleh Mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet atau hal-ehwal suami isteri, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap mana-mana orang tertentu tetapi dengan mutlaknya, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa sifat di sisi undang-undang itu atau kewujudan hak mana-mana orang sedemikian terhadap apa-apa benda sedemikian ialah qarinah.

(2) Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif—
Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.