Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 4. Pelantikan Ketua Hakim Syarie


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika—

(3) Orang yang, sebelum sahaja mula berkuat kuasa seksyen ini, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.