ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 94. Perubahan kuasa penjaga harta


Pada melantik seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak, Mahkamah boleh, dengan perintah, menentukan, menyekat atau memperluaskan kuasa penjaga berhubungan dengannya, setakat mana yang perlu bagi kebajikan kanak-kanak itu.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.