ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB I - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 80. Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama empat tahun masih hidup


Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.