ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 57. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah


(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari tarikh lafaz talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125-
Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.