ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-Relif Lain



Seksyen 108. Perintah tegahan melupuskan harta sepencarian


(1) Mahkamah boleh, dalam mana-mana prosiding hal ehwal suami isteri yang masih belum selesai dan dalam mana Mahkamah boleh membuat perintah di bawah seksyen 122, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu, mengeluarkan suatu perintah tegahan, menahan suami atau isteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa harta yang telah diperolehi semasa perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah difikirkan perlu untuk berbuat demikian.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan kepada Mahkamah.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.