ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tidak sah atau tidak mematuhi Enakmen


Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah tidak sah atau bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.