Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 17. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.