ENAKMEN 6
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan


(1) Bila mana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bila mana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah mengganggap apa-apa fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah mensifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.