Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 15. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu


(1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk merayu di bawah perenggan 14(1)(c) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah boleh mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas alasan khas, melanjutkan masa untuk merayu walaupun masanya telah habis tempoh sekiranya permohonan untuk melanjutkan masa untuk merayu dibuat oleh mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen 14(1).



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.