ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 132. Bersekedudukan semula tanpa ruju’ yang sah


(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju’ yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan bolehlah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan bolehlah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan.

(3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan bolehlah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.