Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 29. Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah


(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi membuat kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada—
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan Jawatankuasa itu.

(4) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.