Enakmen 12
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Seksyen 19. Pelantikan Pendaftar


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Pendaftar-Pendaftar yang dilantik di bawah subsekyen (1) hendaklah, selain daripada dinyatakan selainnya dalam mana-mana undang-undang bertulis dan arahan oleh Ketua Hakim Syarie, mempunyai semua kuasa dan tugas yang perlu bagi menjalankan pentadbiran Mahkamah.

(4) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah, apabila seksyen ini berkuat kuasa, terus memegang jawatan masing-masing seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.