J. P.U. 64/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (SULH) 2004




Kaedah 5. Tatacara Sulh.

(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu Majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh Ketua Hakim Syariah bagi maksud itu.

(2) Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah di mana-mana mungkin membantu pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara sulh tersebut hendaklah memberi pelung untuk didengar, boleh mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan Majlis itu dari masa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.