J. P.U. 31/86
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA MASJID/SURAU NEGERI JOHOR 1986




Kaedah 12. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali pada tiap-tiap dua bulan atau bila-bila masa yang difikirkan patut oleh Pengerusi.

(2) Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha dalam tempoh tiga hari sebelum diadakan mesyuarat.

(3) Sekurang-kurang satu pertiga daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meminta kepada Setiausaha dengan bertulis supaya memanggil mesyuarat Jawatankuasa dengan syarat hendaklah dinyatakan tujuan-tujuan mengadakan mesyuarat tersebut.

(4) Setiausaha dengan persetujuan Pengerusi hendakIah memberitahu mesyuarat Jawatankuasa dalam masa tujuh hari selepas menerima permintaan menurut peraturan ini.

(5) Semua perkara yang dicadangkan untuk mendapat keputusan dalam mesyuarat hendaklah diputuskan dengan undi terbanyak daripada Ahli-Ahli yang hadir dan mengundi. Sekiranya didapati bilangan undi itu sama banyak maka Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.