Kaedah 5. Syarat-syarat perlantikan ahli lantikan.
(1) Seseorang ahli lantikan-
(a) hendaklah, melainkan jika perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan atau ia terlebih dahulu meletakkan jawatannya, memegang jawatan selama sesuatu tempoh, tidak lebih daripada tiga tahun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dalam suratcara perlantikannya;
(b) boleh dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya;
(c) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Majlis.
(2) Perlantikan seseorang ahli lantikan boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Majlis tanpa memberi apa-apa sebab mengenainya.
(3) Dalam Kaedah ini "ahli lantikan" ertinya ahli Jawatankuasa yang dilantik menurut perenggan (c) Kaedah 4.