Tambahan Perundangan (Original)


NEGERI JOHOR

TAMBAHAN PERUNDANGAN

ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993


J. P.U. 28/2001
PERLANTIKAN HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) Enakmen Mahkamah Syariah 1993 [Enakmen No.12/1993 ], Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, selepas berunding dengan Majlis, telah melantik Lokman Hakim bin Tuan Kamaludin dan Shariffudin bin Abdul Rahman sebagai Hakim, Mahkamah Rendah Syariah mulai dari 16hb Februari 2000.

Bertarikh pada 13hb Jun 2001.
[JKSNJ 100-2;PUNJ Bil.(PU2)14.]
HAJI MOHAMED BIN HAJI KARIM,
Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Johor
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.