Selain daripada apa-apa bidang kuasa lain yang diberi kepada Jawatankuasa oleh Kedah-kaedah ini, Jawatankuasa, apabila mendengar sesuatu permohonan atau aduan yang dibuat kepadanya di bawah Kaedah-kaedah ini, adalah berkuasa membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah, dan sesuatu perintah itu boleh khususnya termasuk peruntukan bagi mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut-
(a) memotong dari Daftar nama Peguam Syar'i yang dimaksudkan oleh permohonan atau aduan itu;
(b) menggantung Peguam Syar'i itu daripada menjalankan amalan;