J. P.U. 31/86
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA MASJID/SURAU NEGERI JOHOR 1986




Kaedah 8. Perlantikan Jawatankuasa.

(1) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausah dan Bendahari hendaklah dipilih dari Ahli Qaryah atau penduduk kampung atau kawasan dengan cara undi.

(2) Imam atau Imam-Imam Masjid atau Surau atas sebab jawatan dengan sendirinya dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa.

(3) Ahli-ahli yang mewakili tiap-tiap sebuah kampung atau kawasan hendaklah dipilih dengan cara undi di bawah kelolaan Jawatankuasa. Di kampung-kampung atau kawasan-kawasan yang belum ditubuhkan Jawatankausa maka pemilihan hendaklah di-uruskan oleh Pegawai-Pegawai Masjid atau Surau di bawah anjuran Kadi Daerah.

(4) Pemilihan yang tersebut di ats hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum diadakan mesyuarat agong tahunan. Nama-nama Ahli Jawatankuasa yang dipilih menurut peraturan ini hendaklah diisytiharkan dalam mesyuarat agong dan perlantikan mereka dirasmikan.

(5) Semua nama Ahli Jawatankuasa yang dipilih hendaklah diedarkan kepada Jabatan melalui Kadi Daerah bagi didaftarkan dan diberikan Surat Perlantikan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua, Jabatan Agama Johor seperti Borang 1 dalam Jadual.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.