J. P.U. 31/86
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA MASJID/SURAU NEGERI JOHOR 1986




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"Ahli Qaryah" ertinya seorang yang pada lazimnya tinggal menetap di dalam sebuah Mukim atau Kawasan yang di bawah sebuah Mukim atau Kawasan atau Pekan atau Bandar yang di dalamnya Masjid atau Surau;

"Jawatankuasa Masjid atau Surau" ertinya Jawatankuasa yang dilantik bagi sesebuah Masjid atau Surau menurut kehendaknya;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Johor;

"Jabatan" ertinya Jabatan Agama Islam Negeri Johor;

"Masjid" ertinya sebuah bangunan yang dibina bertujuan mendirikan fardu Jumaat dan kegiatan-kegiatan Agama Islam setelah mendapat kebenaran Majlis;

"Surau" ertinya sebuah bangunan yang dibina bertujuan mendirikan Sembahyang Berjemaah dan mengadakan kegiatan-kegiatan Agama Islam setelah mendapat kebenaran Majlis;

"Pegawai Masjid atau Surau" ertinya Imam, Bilal, Noja dan beberapa Pegawai lain yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.