J. P.U. 31/86
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA MASJID/SURAU NEGERI JOHOR 1986




Kaedah 10. Pembatalan Lantikan Ahli Jawatankuasa.

(1) Seseorang Ahli Jawatankausa kecuali Pegawai-Pegawai Masjid atau Surau boleh berhenti daripada menjadi Ahli Jawatankuasa dengan menghantar surat rasmi yang ditandatanganinya kepada Yang Dipertua, Jabatan Agama Johor melalui Kadi Daerah dari Jawatankuasa.

(2) Yang Dipertua, Jabatan Agama Johor melalui Kadi Daerah adalah berkuasa membatalkan perlantikan mana-mana Ahli Jawatankuasa jika:

(3) Pembatalan keahlian hendaklah berjalan kuatkuasanya mulai dari tarikh penerimaan surat pembatalan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua, Jabatan Agama Johor melalui Kadi Daerah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.