K. P.U. 19/70
ATORAN2 PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (BORANG2 DAN BAYARAN2) TAHUN 1969
BAYARAN2




Atoran 18. Bayaran2 Jadual.

(1) Bayaran2 yang tersebut di-dalam ruangan yang kedua dalam Jadual yang Kedua kapada atoran2 ini hendak-lah di-bayar bagi segala perkara2 yang di-nyatakan di-dalam ruangan yang pertama dalam Jadual yang tersebut itu.

(2) Bayaran2 yang di-tetapkan di-dalam Jadual yang tersebut itu tidak-lah kena di-bayar oleh mana2 orang yang menjadi penjawat 'awam dalam erti Kanun Keseksaan berkenaan dengan apa2 perbuatan atau perkara yang di-lakukan-nya sa-bagai penjawat 'awam itu.

(3) Segala bayaran2 yang kena di-bayar bagi perbuatan2 dan kewajipan2 yang di-lakukan oleh Kadzi Besar dengan sifat-nya yang demikian atau sa-bagai Pendaftar kerana jawatan-nya hendak-lah di-pungut dengan rial tunai.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.