K. P.U. 16/1972 ATORAN PENYELENGGARAAN MADRASAH DAN SEKOLAH UGAMA RA'AYAT NEGERI KEDAH, TAHUN 1972
Atoran 9
Lembaga hendak-lah membuat dan menyediakan :
(a) Sharat² penerimaan murid² yang hendak masok belajar di-dalam darjah permulaan dan yang hendak menyambong belajar, dan sharat² itu hendak-lah mendapat persetujuan Pendaftar Sekolah² Ugama Islam.
(b) Tempohan penggal persekolahan yang mana jumlah hari belajar tiada kurang dari 196 hari dalam sa-tahun.
(c) Atoran tata-tertib di-dalam sekolah, penubohan, kawalan dan pembubaran badan² kechergasan di-dalam sekolah.
(d) Kadar² bayaran bagi pengajaran di-dalam sekolah dan kadar² bayaran di-dalam asrama (jika ada).
(e) Mata² pelajaran dan perkara² yang berkenaan dengan-nya, yang di-lulus oleh Pendaftar Sekolah² Ugama Islam dengan berpandu kapada dasar² pelajaran Kerajaan dari masa ka-samasa.
(f) Sukatan pelajaran pengetahuan Ugama Islam dan Bahasa Arab mengikut saperti yang di-luluskan oleh Majlis Ugama Islam Kedah dari masa ka-samasa.
(g) Buku Pendaftaran murid² yang di-chatet di-dalam-nya:
(i) Nama murid² dengan sa-penoh dan No. Kad Pengenalan;
(ii) Nama penjaga, alamat dan pekerjaan-nya;
(iii) Tarikh di-terima masok belajar;
(iv) Umor ketika di-terima masok belajar;
(v) Darjah/Tingkatan yang di-terima masok belajar;