K. P.U. 11/1972
KAEDAH PENTADBIRAN UGAMA ISLAM, NEGERI KEDAH MENDAFTAR ORANG MASOK UGAMA ISLAM, TAHUN 1972




Kaedah 5. Daftar orang² Masok Islam, oleh Setia Usaha Majlis.

(1) Kadhi Besar atau Kadhi Daerah sa-telah memasokkan segala butir² yang berthabit dengan keislaman-nya itu ka-dalam Borang² Orang² Masok Islam hendak-lah dengan sa-berapa segera yang boleh hantarkan Borang itu kapada Setia Usaha Majlis untok di-masokkan di-dalam Daftar Orang² Masok Islam nama orang yang masok Islam itu, bersama² butir² berkenaan dengan pengislaman-nya yang di-tetapkan oleh Kaedah² ini.

(2) Tidak boleh di-daftar mana² orang yang masok ka-Ugama Islam melainkan manakala Kadhi Besar atau Kadhi Daerah telah puas hati bahawa orang yang masok Ugama Islam itu telah menyempurnakan sharat di-bawah Kaedah 3.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.