K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB




Peraturan 18. Tindakan tatatertib

(1) Majlis boleh, atas sebab yang wajar, mengenakan tindakan tata tertib ke atas mana-mana Peguam Syarie menurut peruntukan Bahagian ini.

(2) Sebab yang wajar itu boleh ditunjukkan dengan membuktikan bahawa Peguam Syarie itu-

(3) Dalam apa-apa prosiding di bawah Peraturan-Peraturan ini, Majlis boleh, sebagai tambahan kepada fakta kes itu, mengambil kira kelakuan dan watak orang yang berkenaan pada masa yang lalu untuk menentukan tindakan yang patut dibuat.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.