K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN AM




Peraturan 25. Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie

(1) Tiap-tiap permohonan untuk membaharui Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu.

(2) P Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual 4.

(3) Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut:
(4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarienya sehinggalah tamat tempoh dua belas bulan tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon menurut peraturan 23.

(5) Jawatankuasa boleh mengecualikan mana-mana Peguam Syarie daripada mana-mana subperaturan (1), (2), (3) dan (4) jika difikirkan wajar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.