K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Peraturan 10. Permohonan

(1) Permohonan untuk dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Jadual 1.

(2) Setiap permohonan hendaklah disertakan surat sokongan oleh dua orang daripada mana-mana orang yang berikut:
(3) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh Pengerusi, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Kedah selama satu bulan.

(4) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan-



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.