K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE KEDAH DARUL AMAN




Peraturan 6. Mesyuarat Jawatankuasa

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, ahli yang hadir boleh melantik salah seorang dari mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Pengerusi dan empat ahli Jawatankuasa yang lain hendaklah membentuk korum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Keputusan Jawatankuasa hendaklah dibuat secara bermesyuarat dan hendaklah secara sebulat suara atau lebih suara ahli yang hadir.

(4) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.