K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN AM




Peraturan 28. Pemansuhan dan kecualian

(1) Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1988 [K.P.U 6/88] dengan ini dimansuhkan.

(2) Seseorang yang kepadanya telah dikeluarkan lesen sebagai Peguam Syarie di bawah Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1988 yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diterima sebagai Peguam Syarie di bawah Peraturan-Peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.