K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Peraturan 16. Sijil Amalan Guaman Syarie

(1) Setiap Peguam Syarie yang telah diisytiharkan penerimaannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sebelum dia hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah, memohon untuk mendapatkan Sijil Amalan Guaman Syarie.

(2) Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Sijil Amalan Guaman Syarie menurut borang dalam Jadual 3 apabila dibayar fi sebanyak dua ratus lima puluh ringgit.

(3) Sijil Amalan Guaman Syarie yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah sah bagi tempoh dua belas bulan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun dan boleh diperbaharui dengan membayar fi yang ditetapkan dalam peraturan 25.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.