K. P.U. 7/2016 PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE KEDAH DARUL AMAN
Peraturan 7. Fungsi Jawatankuasa
Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:
(a) untuk menjalankan peperiksaan dan semua perkara lain yang perlu bagi atau bersampingan dengan peperiksaan itu, termasuklah:
(i) menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan;
(ii) menetapkan tarikh peperiksaan;
(iii) menyediakan atau menilai soalan-soalan; dan
(iv) mengeluarkan sijil Peguam Syarie;
(b) untuk membuat syor kepada Majlis mengenai kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis;
(c) untuk membuat syor kepada Majlis sama ada nama mana-mana Peguam Syarie itu harus digugurkan daripada daftar Peguam Syarie atau sama ada mana-mana Peguam Syarie itu hendaklah digantung dari menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau diberi amaran; dan
(d) untuk menjalankan fungsi lain yang berkaitan dengan fungsi yang disebutkan di bawah perenggan (a), (b) dan (c).