K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Peraturan 14. Sijil Peguam Syarie

(1) Kecuali mereka yang dilantik menurut subperaturan 9(4), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Peraturan-Peraturan ini, tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki sijil Peguam Syarie yang akan dikeluarkan kepadanya oleh Majlis setelah dia membayar fi yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Majlis sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 2.

(3) Fi pendaftaran bagi tiap-tiap sijil Peguam Syarie ialah lima ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.