K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB




Peraturan 20. Siasatan

(1) Setelah menerima sesuatu aduan itu, Pengerusi hendaklah mengarahkan suatu siasatan diadakan tidak lewat dari satu bulan dari tarikh aduan.

(2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan bahawa siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah:

(3) Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah memberi suatu laporan tentang pendapatnya kepada Majlis dan hendaklah juga membuat syor sama ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu.

(4) Jika Jawatankuasa membuat syor bahawa Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat syor mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut.

(5) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, Jawatankuasa adalah berkuasa untuk mengawal selia prosedurnya sendiri berhubungan dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.