K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN AM




Peraturan 26. Sekatan

(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan dia adalah menurut subperaturan 9(4), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie oleh Peraturan-Peraturan ini, atau dia telah dilantik dengan sempurnanya sebagai Peguam Syarie menurut Peraturan-Peraturan ini.

(2) Tiada seseorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie, jika suatu perintah penggantungan ke atasnya di bawah subperenggan 21(1)(b) masih berkuat kuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.