K. P.U. 7/2016
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE (KEDAH DARUL AMAN) 2016
BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB




Peraturan 22. Permohonan untuk dikeluarkan nama dari daftar Peguam Syarie

(1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan daripada daftar Peguam Syarie.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi serta disokong dengan afidavit.

(3) Jawatankuasa boleh, atas sebab yang baik, menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

(4) Permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan syornya kepada Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.