Kn. P.U. 30/2003
KAEDAH-KAEDAH (FI, ELAUN DAN KOS) MAHKAMAH SYARIAH 2003




JADUAL KETIGA
SKALA ELAUN

Golongan Orang
Jumlah Wang Maksima
Sehari
(RM)

(a) Orang Profesional, Pegawai Kerajaan, Pengarah dan Pengurus Pertubuhan-Pertubuhan Perbadanan dan orang-orang yang bergaji atau berpendapatan melebihi RM3,000.00 sebulan
100.00

(b) Orang Profesional, Pegawai Kerajaan, Pengarah dan Pengurus Pertubuhan-Pertubuhan Perbadanan dan orang-orang yang bergaji atau berpendapatan antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
50.00

(c) Orang-orang yang bergaji atau pendapatannya antara RM250.00 tetapi tidak melebihi RM1,000.00 sebulan
25.00

(d) Orang-orang lain
10.00

NOTA-

    Dalam memberikan elaun kepada saksi perhatian hendaklah diberikan kepada -

    (i) gajinya atau pendapatannya yang sebenar atau yang dianggarkan atau hal keadaannya

    (ii) masa sewaktu dia tak hadir menjalankan pekerjaan biasanya semasa wajib hadir di Mahkamah



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.