Kn. P.U. 30/2003
KAEDAH-KAEDAH (FI, ELAUN DAN KOS) MAHKAMAH SYARIAH 2003
JADUAL PERTAMA




BAHAGIAN I
SKALA KOS

BAHAGIAN I
PERMULAAN, DSB., PROSIDIDNG

No.
Butiran
Kos Mahkamah rendah
Syariah (RM)
Kos
Mahkamah Tinggi
Syariah (RM)

1.
Menyediakan, mengeluarkan, memfailkan dan menyampaikan kepada
satu pihak, saman atau permohonan
30.00
40.00

2.
Mengeluarkan dan menyampaikan kepada satu pihak saman serentak atau permohonan serentak
4.00
6.00

3.
Memperbaharui saman, termasuk menyediakan dan memfailkan permohonan dan afidavit, menghadiri permohonan untuk pembaharuan dan mendapatkan perintah
25.00
30.00

4.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak pembelaan atau pliding lain
30.00
40.00

5.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak butir-butir pliding dan menyediakan dan menyampaikan kepada satu pihak, permintaan mendapatkan butir-butir sedemikian
15.00
15.00

6.
Menyediakan pindaan kepada dokumen yang disebut dalam butiran 1 atau 4, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, dokumen terpinda
10.00
15.00

7.
Menyediakan, mengeluarkan dan memfailkan apa-apa dokumen, menghadiri apa-apa permohonan dan membuat apa-apa kerja lain yang perlu untuk mendapatkan-
25.00
30.00

(a) perintah untuk penyampaian ganti bagi apa-apa dokumen;

(b) perintah memberikan kebenaran untuk menyampaikan apa-apa dokumen di luar bidang kuasa;

dan mendapatkan perintah
Menurut Budi Bicara



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.