Kn. P.U. 30/2003
KAEDAH-KAEDAH (FI, ELAUN DAN KOS) MAHKAMAH SYARIAH 2003




BAHAGIAN IV

PENYEDIAAN BAGI PERBICARAAN ATAU PENDENGARAN, SAMA ADA DALAM MAHKAMAH TERBUKA ATAU SELAINNYA

17.
Menyediakan dan mengeluarkan-

(a) sepina untuk hadir di Mahkamah bagi setiap orang saksi;
5.00
5.00

(b) sepina untuk mengemukakan dokumen, bagi setiap orang saksi
2.00
3.00

termasuk memfailkan permintaan, menghadiri untuk mendapatkan sepina dan salinan untuk penyampaian
2.00
3.00

18.
Menyediakan dan menyampaikan notis-

(a) untuk mengemukakan bagi pemeriksaan dokumen yang disebut dalam pliding atau afidavit;
5.00
6.00

(b) untuk mengemukakan dokumen di perbicaraan atau pendengaran;
5.00
6.00

(c) untuk mengakui apa-apa dokumen atau fakta
5.00
6.00

19.
Arahan-arahan bagi perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara, tidak kira bagaimana cara perbicaraan atau pendengaran
Menurut Budi Bicara

Nota kepada butiran ini

Butiran ini bermaksud untuk meliputi perlakuan apa-apa kerja, yang tidak diperuntukkan selainnya, yang dilakukan dengan seperlunya atau sepatutnya, dalam penyediaan sesuatu perbicaraan atau pendengaran atau sebelum penyelesaian perkara-perkara yang dipertikaikan, termasuk-

(a) mengambil arahan-arahan untuk mendakwa, membela atau menuntut balas atau bagi apa-apa pliding, butir-butir pliding afidavit;

(b) menimbangkan fakta-fakta dan undang-undang;

(c) melayani dan surat-menyurat dengan klien;

(d) menemuduga dan surat-menyurat dengan saksi-saksi dan bakal-bakal saksi dan mengambil bukti-bukti dari keterangan mereka;

(e) mengatur untuk mendapatkan laporan atau nasihat daripada pakar dan pelan, fotograf dan model;

(f) membuat carian di Pejabat kerajaan dan di tempat-tempat lain untuk dokumen-dokumen yang relevan;

(g) memeriksa apa-apa harta dan tempat yang material kepada prosiding;

(h) menyusuli pliding, afidavit dan dokumen lain yang relevan

(i) jika kuasa atau perkara itu tidak diteruskan ke perbicaraan atau pendengaran, kerja yang dilakukan berkaitan dengan rundingan untuk sesuatu penyelesaian; dan

(j) jagaan dan perjalanan am prosiding

20.
Menghadiri untuk mendapatkan janji temu bagi memeriksa saksi dan atas pemeriksaan saksi;
20.00
seorang
30.00
seorang




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.