Kn. P.U. 10/2000
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2000
BAHAGIAN III - SYARIE




Kaedah 10. Permohonan

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk diterima sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan dengan meggunakan Borang A dalam Jadual.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada ketua Hakim Syarie dengan melampirkan salinan dokumen-dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fee permohonan sebanyak dua puluh ringgit.

(3) Pemohon hendaklah menyebabkan ditampalkan suatu salinan permohonannya di tiap-tiap Mahkamah di Negeri Kelantan bagi suatu tempoh selama empat belas hari selepas permohonannya dihantar serahkan kepada Ketua Hakim Syarie.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.