Kn. P.U. 10/2000
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2000
BAHAGIAN V - PERUNTUKAN AM




Kaedah 23. Keesahan dan pembaharuan Sijil Peguam Syarie

(1) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie adalah sah bagi suatu tempoh selama satu tahun dari tarikh dikeluarkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie boleh diperbaharui apabila Ketua Hakim Syarie berpuas hati bahawa pemohon telah membayar fee sebanyak dua ratus lima puluh ringgit dan telah mematuhi kehendak-kehendak kaedah-kaedah ini.

(3) Permohonan bagi memperbaharui Sijil Peguam Syarie di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dalam Borang C dalam Jadual.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.